Tahun depan, 2024, ekonomi dijangka gawat, justeru itu para usahawan disaran untuk menyimpan tunai sebanyak yang mampu sebagai sandaran kelangsungan diri dan perusahaan mereka.
Kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Jom Earn Global Sdn Bhd, Eric Lim, selain itu perbelanjaan perlu dibuat dengan lebih berkira-kira kepada benda yang benar-benar perlu sahaja.